Tour Operator Licence: РТО 023243

Laman utama

Lawatan

Untuk rakan niaga

COVID

Visa

Tel: +7 (903) 797-15-25

booking@inrussiatravel.com

LAWATAN GASTRONOMI KE MOSCOW

Perjalanan kulinari yang menerujakan sedang menunggu anda. Dalam lawatan ini, anda akan dapat merasai keenakan juadah masyarakat Rusia dan mendalami sejarah disebaliknya. Anda juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam kelas khas dan memasak disamping chef Rusia yang profesional.

11 DAYS

MOSCOW

$ 650 SEORANG

Hari 1

Anda boleh terbang ke Moscow dengan mana-mana syarikat penerbangan yang sesuai untuk anda. Pemandu akan memegang papan tanda dan menunggu anda di lapangan terbang untuk menghantar anda ke hotel. Daftar masuk ke hotel hanya dibenarkan selepas jam 14:00. Sekiranya anda tiba lebih awal di Moscow dengan penerbangan yang lebih awal, daftar masuk lebih awal boleh ditempah untuk anda dengan bayaran tambahan tertentu.

Hari 2

9:00 Sarapan

10:00 Lawatan melihat keindahan Moscow. Anda akan melihat Red Square, Bolshoi Theater, GUM (Pusat membeli-belah utama), St. Basil’s Cathedral, Metropol Hotel, Nikolskaya Street, Muzium Bersejarah, Kazan Cathedral, Lubyanka, Bangunan KGB, Zaryadye Park, dan Central Children’s Store.

13:00 Makan tengah hari.

14:00 Rombongan ke Kremlin. Pemandu pelancong akan menceritakan sejarah mengenai Kremlin, dan anda akan mempunyai masa lapang untuk menerokai gereja tersebut dengan sendiri.

16:30 Kembali ke hotel. Masa lapang

Hari 3

9:00 Sarapan

10:00 Kelas pembelajaran Bahasa Rusia.
Untuk mengenali orang Rusia dengan lebih baik, kami menawarkan kelas pembelajaran interaktif untuk mempelajari Bahasa Rusia. Dengan bantuan guru professional, kita akan belajar huruf, cara membaca dari sukukata dan berlatih beberapa frasa asas dalam Bahasa Rusia. Kelas ini akan diadakan di ruang konferensi di hotel.

13:00 Kelas kulinari master untuk belajar cara memasak Borsch
Para pengunjung sudah berpeluang merasai borsh pada hari kedua lawatan, sekarang mereka berpeluang untuk cuba memasak borsh sendiri. Chef professional akan menceritakan sejarah disebalik hidangan ini dan menunjukkan cara untuk menyediakannya. Setiap pelancong akan dapat memasak hidangan ini dengan sendiri dan membawa pulang resipi tersebut.

15:30 Tamat program

Hari 4

7:00 Sarapan

8:00 Bertolak ke Tula dari hotel

10:00 Berhenti rehat

12:00 Tiba di Tula. Lawatan Tula Kremlin.
Sejurus tiba di Tula, kita akan melawat Tula Kremlin, iaitu lambang bagi bandar ini. Kita akan dapat lihat dinding-dinding yang gah dan melawat kuil dikawasan Kremlin.

12:30 Makan tengah hari. Kita akan merasai masakan Rusia di salah satu restoran di Tula.

14:00 Kelas masakan master untuk belajar memasak biskut halia Tula.
Kita akan memasak salah satu hidangan Rusia yang terkenal yang berasal dari Tula. Dalam kelas masakan master ini, semua berpeluang untuk memasak kek ini sendiri dengan bantuan chef professional. Pada akhir kelas ini, anda berpeluang untuk membeli biskut tersebut untuk dibawa pulang.

16:00 Bertolak ke Belev

18:00 Kelas masakan master untuk belajar memasak pastilles Belevskaya (Marshmallow). Selepas berkenalan dengan biskut halia Tula, kita akan melawat bandar Belev yang terkenal diseluruh Rusia dengan marshmellow Belev. Disini kita akan lihat bagaimana hidangan ini disediakan, dan bagi mereka yang berminat dan berhasrat untuk cuba memasaknya, anda berpeluang untuk berbuat demikian. Pada akhir kelas master, anda akan dapat membeli manisan untuk dibawa pulang.

20:00 Bertolak ke Moscow

22:00 Berhenti rehat

00:00 Lawatan tamat di hotel

Hari 5

9:00 Sarapan

10:00 Bertolak dari hotel

11:00 Lawatan ke kilang coklat.
Bahagian termanis daripada keseluruhan lawatan. Kita akan melawat kilang coklat yang sudah menghasilkan manisan sejak zaman Soviet. Anda akan mempelajari mengenai sejarah coklat di Rusia dan cara bagaimana ia dihasilkan. Pada akhir lawatan, semua orang akan menerima gula-gula sebagai cenderahati.

13:00 Makan tengah hari.

14:30 Lawatan ke dek pemerhatian serta lawatan ke kilang ais krim.
Kita akan naik ke salah satu bangunan pencakar langit di kompleks Bandar Moscow, dimana kita akan dapat menghayati keindahan pemandangan Moscow dari tingkat 89. Di tingkat 18, terdapat kilang coklat dan ais krim dimana semua orang dapat merasai manisan yang dihasilkan.

16:00 Kembali ke hotel. Masa lapang

19:00 Makan Malam penutup
Sepanjang lawatan gastronomi, kita sudah mempelajari pelbagai resepi dari hidangan orang Rusia. Sekarang tibalah masa untuk makan malam terakhir. Bersama-sama dengan para chef profesional, kita akan sediakan juadah untuk sambutan pesta makanan orang Rusia yang sebenar. Sila jangkakan kemeriahan pesta dengan alunan musik dan tarian orang Rusia.

23:00 Makan malam tamat. Anda boleh pulang ke hotel lebih awal, jika anda mahu.

Hari 6

9.00 Sarapan di hotel. Hari lapang. Anda boleh bertolak dengan mana-mana penerbangan yang sesuai dengan anda. Pemandu kami akan menghantar anda ke lapangan terbang. Daftar keluar daripada hotel adalah sebelum jam 10.00

TERMASUK:

  • PENGINAPAN DI BILIK BERDUA DI HOTEL 3 BINTANG DI MOSCOW
  • PERTUKARAN BAS
  • PEMANDU PELANCONG
  • SARAPAN DI HOTEL
  • 3 KALI MAKAN TENGAH HARI
  • MAKAN MALAM BERSAMA KELAS MASTER PADA HARI KE 5 LAWATAN. (PELANCONG HANYA SEDIAKAN SATU MAKANAN PANAS PILIHAN MEREKA, SELEBIHNYA AKAN DISEDIAKAN OLEH CHEF DI RESTORAN, MAKAN MALAM TERMASUK MINUMAN BERALKOHOL)
  • LAWATAN KE KREMLIN DAN TIKET
  • KELAS BAHASA RUSIA DENGAN GURU PROFESIONAL DI RUANG KONFERENSI HOTEL (3 JAM)
  • KELAS MASTER BELAJAR MEMASAK BORSCH RUSIA
  • LAWATAN KE TULA KREMLIN
  • MASTER KELAS BELAJAR MEMASAK BISKUT HALIA TULA
  • KELAS MASTER BELAJAR MEMASAK BELYOV PASTILA
  • LAWATAN KE KILANG COKLAT
  • LAWATAN KE DEK PEMERHATIAN DAN MERASAI AIS KRIM DAN COKLAT

Dengan bayaran tambahan:

  • Tambahan malam di hotel
  • Makanan tambahan
LAWATAN UNTUK 10 ORANG
$ 790 SEORANG
LAWATAN UNTUK 20 ORANG
$ 695 SEORANG
LAWATAN UNTUK 30 ORANG

  • PENGINAPAN DI BILIK BERDUA DI HOTEL 4 BINTANG DI MOSCOW
  • PERTUKARAN BAS
  • PEMANDU PELANCONG
  • SARAPAN DI HOTEL
  • 3 KALI MAKAN TENGAH HARI
  • MAKAN MALAM BERSAMA KELAS MASTER PADA HARI KE 5 LAWATAN. (PELANCONG HANYA SEDIAKAN SATU MAKANAN PANAS PILIHAN MEREKA, SELEBIHNYA AKAN DISEDIAKAN OLEH CHEF DI RESTORAN, MAKAN MALAM TERMASUK MINUMAN BERALKOHOL)
  • LAWATAN KE KREMLIN DAN TIKET
  • KELAS BAHASA RUSIA DENGAN GURU PROFESIONAL DI RUANG KONFERENSI HOTEL (3 JAM)
  • KELAS MASTER BELAJAR MEMASAK BORSCH RUSIA
  • LAWATAN KE TULA KREMLIN
  • MASTER KELAS BELAJAR MEMASAK BISKUT HALIA TULA
  • KELAS MASTER BELAJAR MEMASAK BELYOV PASTILA
  • LAWATAN KE KILANG COKLAT
  • LAWATAN KE DEK PEMERHATIAN DAN MERASAI AIS KRIM DAN COKLAT

Dengan bayaran tambahan:

  • Tambahan malam di hotel
  • Makanan tambahan
LAWATAN UNTUK 10 ORANG
$ 850 SEORANG
LAWATAN UNTUK 20 ORANG
$ 750 SEORANG
LAWATAN UNTUK 30 ORANG
$ 680 SEORANG

Melancong dengan selamat dan yakin.

Melindungi kesihatan dan keselamatan para tetamu dan para pekerja tempatan kami adalah keutamaan kami.