Tour Operator Licence: РТО 023243

Laman utama

Lawatan

Untuk rakan niaga

COVID

Visa



Tel: +7 (903) 797-15-25

booking@inrussiatravel.com

PARA PENULIS RUSIA

Lawatan ke tempat yang sama dimana para penulis Rusia yang terkenal tinggal.
Merangkumi Moscow, Tula, Pskov, dan St. Petersburg, para pelancong dapat mengenali para sasterawan seperti Pushkin, Tolstoy, Doetovsky dan sasterawan besar yang lain dengan lebih dekat.

9 HARI

4 BANDAR

$ 540 SEORANG

Hari 1

Anda boleh terbang ke Moscow dengan mana-mana syarikat penerbangan yang sesuai untuk anda. Pemandu akan memegang papan tanda dan menunggu anda di lapangan terbang untuk menghantar anda ke hotel. Daftar masuk ke hotel hanya dibenarkan selepas jam 14:00. Sekiranya anda tiba lebih awal di Moscow dengan penerbangan yang lebih awal, daftar masuk lebih awal boleh ditempah untuk anda dengan bayaran tambahan tertentu.

Hari 2

9:00 Sarapan

10:00 Lawatan melihat keindahan Moscow. Anda akan melihat Red Square, Bolshoi Theater, GUM (Pusat membeli-belah utama), St. Basil’s Cathedral, Metropol Hotel, Nikolskaya Street, Muzium Bersejarah, Kazan Cathedral, Lubyanka, Bangunan KGB, Zaryadye Park, dan Central Children’s Store.

13:00 Makan tengah hari. Apabila tiba waktu makan tengah hari, kami ingin mencadangkan agar anda menjamu selera di restoran Doktor Zhivago. Kosnya kira-kira 30 atau 40 US Dollars. Doktor Zhivago berada di National Hotel di pusat Moscow dan membuat makanan asli Rusia. Mereka mendapat nama mereka daripada buku yang ditulis oleh Boris Pasternak, yang kemudiannya dijadikan filem.

14:00 Lawatan Marina Tsvetaeva. Marina Tsvetaeva adalah pengarang Rusia yang sangat terkenal dari Zaman Perak. Berjalan-jalan di tempat-tempat yang penting dalam hidupnya.

17:00 Kembali ke hotel. Masa lapang

Hari 3

7:00 Sarapan di hotel

8:00 Berpindah ke stesen kereta api

8:47 Bertolak keTula dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

11:02 Tiba di stesen kereta api Tula dan lawatan ke Kediaman Leo Tolstoy di Yasnaya Polyana. Salah seorang penulis yang terkenal iaitu Leo Tolstoy telah menulis War and Peace, Anna Karenina dan pelbagai buku yang lain. Beliau telah dilahirkan di Yasyana Polyana. Ketika melawat kediaman dimana Leo Tolstoy tinggal semasa hayatnya masih ada, nikmati perjalanan melalui pemandangan di kebun botanik yang menakjubkan.

13:00 Makan tengah hari. Tiba masa untuk makan, dicadangkan untuk anda mendapatkan makanan di salah satu kafe yang ada di Yasnaya Polyana. Kafe tersebut menyediakan makanan menggunakan resepi daripada Sofya Tolstoy iaitu isteri kepada Leo Tolstoy, penulis Rusia yang terhebat, berharga $20.

14:30 Lawatan ke Tula Kremlin. Nikmati lawatan Tula Kremlin, dan jangan lupa untuk melihat dua gereja utama yang terletak dibandar. Pemandu pelancong anda bersedia untuk menceritakan mengenai biskut halia yang terkenal di Tula, dan kini dikenali diseluruh pelusuk negara Rusia. Apabila lawatan tamat, anda akan masih ada waktu untuk berjalan sekitar Kremlin dan membeli gula-gula tempatan.

17:00 Berpindah ke Stesten kereta api Tula.

17:39 Bertolak ke Moscow dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

19:55 Tiba di Moscow. Berpindah ke hotel.

Hari 4

9:00 Sarapan. Daftar Keluar daripada hotel.

9:45 Daftar Keluar daripada hotel

10:00 Lawatan ke Kremlin. Pemandu pelancong akan menceritakan sejarah Kremlin kepada anda, dan kemudian anda akan mempunyai masa untuk menerokai gereja sendiri.

13:00 Waktu lapang

18:30 Berpindah ke lapangan terbang

22:30 Bertolak ke Pskov

23:55 Tiba di Pskov

Hari 5

9:00 Sarapan

10:00 Lawatan ke Pushkin Hills. Pushkin Hills merupakan ladang milik keluarga Pushkin dimana penyair tersebut tinggal selepas beliau dibuang negeri, dan lawatan ke sana adalah termasuk dalam jadual lawatan ini. Selain daripada kediaman keluarga tersebut, kita juga akan mengunjungi ladang kawan-kawan Pushkin. Kawan-kawan beliau merupakan baron tanah Osipov-Wulf serta Hannibal, yang merupakan nenek moyang A.S. Pushkin. Anda juga boleh memberi hormat kepada penulis yang terkenal itu dimana makam beliau bersemadi iaitu di tanah Svyatogosk Holy Dormition Monastery. Makan tengah hari Rusia yang asli juga termasuk dalam harga pakej lawatan.

16:00 Kembali ke hotel. Masa lapang

Hari 6

8:30 Sarapan

9:30 Bersiar siar di Pskov. Diasaskan pada 903, Pskov merupakan salah satu bandar purba yang ada di Rusia. Lawatan ini akan membawa anda ke mercu tanda bersejarah serta ke Pskov Krom atau dikenali juga sebagai Kremlin.

12:00 Berpindah ke stesen kereta api

12:43 Bertolak ke St. Petersburg menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

16:13 Tiba di St. Petersburg

Hari 7

9:00 Sarapan

10:00 Bersiar siar di St. Petersburg. Anda akan dapat lihat Nevsky Prospect, Church of the Savior on Spilled Blood, St. Isaac’s Cathedral, Kazan Cathedral, terusan dan jambatan, the Hermitage, the Admiralty dan juga tambak Neva.

13:00 Makan tengah hari

14:00 Lawatan Pushkin di St. Petersburg. Pushkin menghabiskan sebahagian besar dari hidupnya di St. Petersburg, jadi sudah tentu ianya menarik untuk melihat tempat-tempat yang bermakna bagi beliau.

17:00 Kembali ke hotel. Masa lapang

Hari 8

9:00 Sarapan

10:00 Bersiar-siar ke Hermitage. Hermitage adalah salah satu muzium terbesar di dunia. Ia menempatkan koleksi lebih 3 juta karya seni.

13:00 Kembali ke hotel. Masa lapang

Hari 9

9.00 Sarapan di hotel. Hari lapang. Anda boleh bertolak dengan mana-mana penerbangan yang sesuai dengan anda. Pemandu kami akan menghantar anda ke lapangan terbang. Daftar keluar daripada hotel adalah sebelum jam 10.00

TERMASUK:

  • PENGINAPAN DI HOTEL 3 BINTANG
  • SARAPAN PAGI DI HOTEL
  • PEMINDAHAN
  • PEMANDU

Dengan bayaran tambahan:

  • TAMBAHAN MALAM DI HOTEL
  • MAKANAN TAMBAHAN
  • TIKET KERETA API
  • TIKET PENERBANGAN
LAWATAN UNTUK 10 ORANG
$ 910 SEORANG
LAWATAN UNTUK 20 ORANG
$ 630 SEORANG
LAWATAN UNTUK 30 ORANG
$ 540 SEORANG

Hari 1

Anda boleh terbang ke Moscow dengan mana-mana syarikat penerbangan yang sesuai untuk anda. Pemandu akan memegang papan tanda dan menunggu anda di lapangan terbang untuk menghantar anda ke hotel. Daftar masuk ke hotel hanya dibenarkan selepas jam 14:00. Sekiranya anda tiba lebih awal di Moscow dengan penerbangan yang lebih awal, daftar masuk lebih awal boleh ditempah untuk anda dengan bayaran tambahan tertentu.

Hari 2

9:00 Sarapan

10:00 Lawatan melihat keindahan Moscow. Anda akan melihat Red Square, Bolshoi Theater, GUM (Pusat membeli-belah utama), St. Basil’s Cathedral, Metropol Hotel, Nikolskaya Street, Muzium Bersejarah, Kazan Cathedral, Lubyanka, Bangunan KGB, Zaryadye Park, dan Central Children’s Store.

13:00 Makan tengah hari. Apabila tiba waktu makan tengah hari, kami ingin mencadangkan agar anda menjamu selera di restoran Doktor Zhivago. Kosnya kira-kira 30 atau 40 US Dollars. Doktor Zhivago berada di National Hotel di pusat Moscow dan membuat makanan asli Rusia. Mereka mendapat nama mereka daripada buku yang ditulis oleh Boris Pasternak, yang kemudiannya dijadikan filem.

14:00 Lawatan Marina Tsvetaeva. Marina Tsvetaeva adalah pengarang Rusia yang sangat terkenal dari Zaman Perak. Berjalan-jalan di tempat-tempat yang penting dalam hidupnya.

18:00 Kembali ke hotel. Masa lapang

Hari 3

7:00 Sarapan di hotel

8:00 Berpindah ke stesen kereta api

8:47 Bertolak keTula dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

11:02 Tiba di stesen kereta api Tula dan lawatan ke Kediaman Leo Tolstoy di Yasnaya Polyana. Salah seorang penulis yang terkenal iaitu Leo Tolstoy telah menulis War and Peace, Anna Karenina dan pelbagai buku yang lain. Beliau telah dilahirkan di Yasyana Polyana. Ketika melawat kediaman dimana Leo Tolstoy tinggal semasa hayatnya masih ada, nikmati perjalanan melalui pemandangan di kebun botanik yang menakjubkan.

13:00 Makan tengah hari. Tiba masa untuk makan, dicadangkan untuk anda mendapatkan makanan di salah satu kafe yang ada di Yasnaya Polyana. Kafe tersebut menyediakan makanan menggunakan resepi daripada Sofya Tolstoy iaitu isteri kepada Leo Tolstoy, penulis Rusia yang terhebat, berharga $20.

14:30 Lawatan ke Tula Kremlin. Nikmati lawatan Tula Kremlin, dan jangan lupa untuk melihat dua gereja utama yang terletak dibandar. Pemandu pelancong anda bersedia untuk menceritakan mengenai biskut halia yang terkenal di Tula, dan kini dikenali diseluruh pelusuk negara Rusia. Apabila lawatan tamat, anda akan masih ada waktu untuk berjalan sekitar Kremlin dan membeli gula-gula tempatan.

17:00 Berpindah ke Stesten kereta api Tula.

17:39 Bertolak ke Moscow dengan menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

19:55 Tiba di Moscow. Berpindah ke hotel.

Hari 4

9:00 Sarapan. Daftar Keluar daripada hotel.

9:45 Daftar Keluar daripada hotel

10:00 Lawatan ke Kremlin. Pemandu pelancong akan menceritakan sejarah Kremlin kepada anda, dan kemudian anda akan mempunyai masa untuk menerokai gereja sendiri.

13:00 Makan tengah hari di restoran lagenda Pushkin. Terdapat banyak restoran terkenal di Moscow, tetapi salah satu yang paling terkenal ialah Pushkin. Ia terkenal terutamanya dengan makanan dan hiasan yang cantik. Restoran ini dinamakan sempena penulis legenda Rusia, Alexander Pushkin (Termasuk).

14:00 Lawatan Bulgakov. Mikhail Bulgakov ialah salah seorang pengarang terkenal dari abad ke-20. The Master and Margarita adalah salah satu daripada banyak buku yang ditulisnya yang terkenal di dunia. Semasa anda menerokai bandar, anda boleh melihat beberapa tempat yang berkait dengan Bulgakov dan juga melawat pangsapurinya.

18:30 Berpindah ke lapangan terbang

22:30 Bertolak ke Pskov

23:55 Tiba di Pskov

Hari 5

9:00 Sarapan

10:00 Lawatan ke Pushkin Hills. Pushkin Hills merupakan ladang milik keluarga Pushkin dimana penyair tersebut tinggal selepas beliau dibuang negeri, dan lawatan ke sana adalah termasuk dalam jadual lawatan ini. Selain daripada kediaman keluarga tersebut, kita juga akan mengunjungi ladang kawan-kawan Pushkin. Kawan-kawan beliau merupakan baron tanah Osipov-Wulf serta Hannibal, yang merupakan nenek moyang A.S. Pushkin. Anda juga boleh memberi hormat kepada penulis yang terkenal itu dimana makam beliau bersemadi iaitu di tanah Svyatogosk Holy Dormition Monastery. Makan tengah hari Rusia yang asli juga termasuk dalam harga pakej lawatan.

18:00 Kembali ke hotel. Masa lapang

Hari 6

8:30 Sarapan

9:30 Bersiar siar di Pskov. Diasaskan pada 903, Pskov merupakan salah satu bandar purba yang ada di Rusia. Lawatan ini akan membawa anda ke mercu tanda bersejarah serta ke Pskov Krom atau dikenali juga sebagai Kremlin.

12:00 Berpindah ke stesen kereta api

12:43 Bertolak ke St. Petersburg menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

16:13 Tiba di St. Petersburg

Hari 7

9:00 Sarapan

10:00 Bersiar siar di St. Petersburg. Anda akan dapat lihat Nevsky Prospect, Church of the Savior on Spilled Blood, St. Isaac’s Cathedral, Kazan Cathedral, terusan dan jambatan, the Hermitage, the Admiralty dan juga tambak Neva.

13:00 Makan tengah hari

14:00 Lawatan Pushkin di St. Petersburg. Pushkin menghabiskan sebahagian besar dari hidupnya di St. Petersburg, jadi sudah tentu ianya menarik untuk melihat tempat-tempat yang bermakna bagi beliau.

17:00 Kembali ke hotel. Masa lapang

Hari 8

9:00 Sarapan

10:00 Bersiar-siar ke Hermitage. Hermitage adalah salah satu muzium terbesar di dunia. Ia menempatkan koleksi lebih 3 juta karya seni.

13:00 Makan tengah hari di restoran Dostoevsky. Dinamakan sempena pengarang terkenal Rusia, restoran Dostoevsky boleh didapati di pusat bandar St Petersburg (Termasuk).

14:00 Lawatan “Crime and Punishment”. Buku, “Crime and Punishment” – ditulis oleh Fyodor Dostoevsky, adalah tema lawatan ini. Pemandu akan memandu anda melalui beberapa tempat ikonik di St. Petersburg yang diterangkannya di dalam bukunya.

18:00 Kembali ke hotel. Masa lapang

Hari 9

9.00 Sarapan di hotel. Hari lapang. Anda boleh bertolak dengan mana-mana penerbangan yang sesuai dengan anda. Pemandu kami akan menghantar anda ke lapangan terbang. Daftar keluar daripada hotel adalah sebelum jam 10.00

TERMASUK:

  • PENGINAPAN DI HOTEL 4 BINTANG
  • SARAPAN PAGI DI HOTEL
  • MAKAN TENGAH HARI
  • MAKAN MALAM
  • PEMINDAHAN
  • PEMANDU

Dengan bayaran tambahan:

  • TAMBAHAN MALAM DI HOTEL
  • MAKANAN TAMBAHAN
  • TIKET KERETA API
  • TIKET PENERBANGAN
LAWATAN UNTUK 10 ORANG
$ 1 365 SEORANG
LAWATAN UNTUK 20 ORANG
$ 1 045 SEORANG
LAWATAN UNTUK 30 ORANG
$ 930 SEORANG

Melancong dengan selamat dan yakin.

Melindungi kesihatan dan keselamatan para tetamu dan para pekerja tempatan kami adalah keutamaan kami.