LAWATAN
Percutian pertama anda ke Rusia akan membuat anda kagum. Negara terbesar di dunia yang dipenuhi dengan pelbagai tempat yang sangat menarik. Lawatan kami di Rusia menggabungkan keindahan gunung yang menghijau dan keindahan budaya di perkampungan tempatan, tempat bersejarah dan juga pelbagai keindahan alam yang terbaik di bumi ini.
Rusia merupakan satu pengalaman menerokai dunia lama bertemu dunia baru, mengimbangi Barat dan Timur. Pengalaman ini akan tersemat di hati anda.
KEAJAIBAN KARELIA
Perjalanan ke tanah seribu tasik dengan hamparan hutan yang kelihatan tiada penghujung. Moscow dan St. Petersburg ialah acara utama, tetapi lawatan ini juga termasuk lawatan ke Karelia.
PARA PENULIS RUSIA
Lawatan ke tempat yang sama dimana para penulis Rusia yang terkenal tinggal.
Merangkumi Moscow, Tula, Pskov, dan St. Petersburg, para pelancong dapat mengenali para sasterawan seperti Pushkin, Tolstoy, Doetovsky dan sasterawan besar yang lain dengan lebih dekat.
LAWATAN SOVIET
Lawatan selama 7 hari ini akan memberikan gambaran mengenai zaman bersejarah Soviet Rusia kepada para pelancong. Tempat- tempat penting pada era tersebut yang akan dilawati termasuklah Moscow dan St. Petersburg serta lawatan istimewa ke rumah Lenin.
LAWATAN IDAMAN BAIKAL
Rasai perjalanan yang bermakna ke tasik yang terdalam di dunia. Dalam lawatan ini, anda akan dibawa melawat Tasik Baikal dan melawat Moscow serta St. Petersburg.
LAWATAN PERCUTIAN CAUCASIA
Berkenalan dengan keindahan alam dan budaya masyarakat Caucasia. Anda akan melancong melalui 4 republik Caucacus Utara pada masa yang sama, mempelajari adat dan tradisi yang berbeza, melawat tapak-tapak bersejarah dan merasai hidangan tempatan yang enak.
LAWATAN GASTRONOMI KE MOSCOW
Perjalanan kulinari yang menerujakan sedang menunggu anda. Dalam lawatan ini, anda akan dapat merasai keenakan juadah masyarakat Rusia dan mendalami sejarah disebaliknya. Anda juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam kelas khas dan memasak disamping chef Rusia yang profesional.